My Add

Thursday 26 April 2012

Lagi perhimpunan tentang LGBT

20 NGO minta Ahli Parlimen usul haramkannya

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Seramai 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyertai satu perhimpunan aman bagi membantah dan menentang habis-habisan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Perhimpunan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) itu turut diadakan bagi membantah demonstrasi pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bersih 3.0.

Peserta perhimpunan itu juga melaungkan untuk menentang sesiapa sahaja individu atau NGO yang menyokong gerakan LGBT sehingga boleh memusnahkan umat Islam di negara ini.

Pengerusi YPC, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, amalan LGBT amat bertentangan dengan fitrah manusia, bercanggah dengan kesucian agama dan merupakan amalan jahiliah.

"Budaya seks bebas atau homoseksual juga sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan kedaulatan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.


Sementara itu 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak semua Ahli Parlimen agar segera membawa usul menolak dan mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan seks bebas di negara ini pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Desakan itu disuarakan oleh wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) selepas membuat laporan polis membantah perhimpunan bertemakan LGBT bukan jenayah yang akan diadakan di Dewan Pejabat Majlis Peguam pada Jumaat ini.

Setiausaha Agung GPMS, Zambri Mohd. Isa berkata, usul menolak dan mengharamkan aktiviti berkaitan LGBT dan seks bebas itu penting untuk dibawa Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat.

"Melalui langkah ini, ia dapat mematahkan usaha untuk menghangatkan aktiviti tidak bermoral yang sedang diusahakan oleh kumpulan minoriti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment