My Add

Saturday 7 April 2012

Bual bicara Ah Jib Gor di NTV7

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak akan tampil secara langsung dalam program berita bahasa Cina di saluran NTV7 pada Isnin ini untuk bercakap mengenai isu-isu semasa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee berkata, Perdana Menteri yang lebih popular dikenali sebagai Ah Jib Gor dalam facebook bahasa Cina, akan tampil dalam program itu bertajuk Bual bicara dengan Perdana Menteri selama sejam pada 8.30 malam, 9 April.

"Pada asasnya ini merupakan satu lagi pendekatan oleh Perdana Menteri di mana rakyat boleh melihatnya bercakap secara ikhlas mengenai isu-isu dihadapi masyarakat Cina dan ekonomi negara serta isu pendidikan dan lainnya membabitkan masyarakat Cina," katanya semasa dihubungi Bernama.

Beliau berkata, program bual bicara itu merupakan sebahagian daripada cara Perdana Menteri mendekati rakyat selain daripada jadual majlis rasmi beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment