My Add

Saturday 7 April 2012

KR1M kini miliki pelanggan tetap

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi mengurangkan kos sara hidup masyarakat ternyata mendapat sambutan ramai apabila kedai tersebut kini mempunyai pengunjung tetap.

Seorang peniaga, Hamzah Ahmad, 56, berkata, penubuhan kedai itu membantunya mengurangkan kos modal bagi menjalankan perniagaan harian apabila barangan yang ditawarkan kedai tersebut jauh lebih rendah rendah berbanding kedai lain.

"Sebelum adanya KR1M ini, sebahagian besar perbelanjaan saya dihabiskan untuk membeli bekalan seperti susu pekat dan susu cair tetapi kini, saya dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli barangan tersebut.

"Tidak dinafikan dengan kemudahan ini, ia banyak membantu saya berjimat dalam kos modal perniagaan," katanya yang ditemui sewaktu berkunjung di sebuah kedai KR1M di Bandar Tun Razak, di sini hari ini. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment