My Add

Saturday, 7 April 2012

Danok pula sasaran pengganas - Polis

Oleh OPAT RATTANACHOT 

SUNGAI PETANI, JUMAAT, 06 April, 2012: Selepas Hatyai, pekan Danok di Thailand yang terletak bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam, dekat Changlun berkemungkinan besar menjadi sasaran serangan pengganas seterusnya.

Sumber Polis Thailand memberitahu, pekan tersebut dikatakan mempunyai risiko tinggi diserang memandangkan ia menjadi lokasi tumpuan di kalangan pelancong negara ini untuk berhibur dan membeli-belah.

"Berdasarkan maklumat dan risikan, kumpulan pengganas kini berusaha menarik perhatian antarabangsa dengan menjadikan kawasan ekonomi dan pelancong luar sebagai sasaran.

"Ini dapat diperhatikan berdasarkan modus operandi kejadian bom di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai minggu lalu yang turut melibatkan mangsa rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment