My Add

Monday 23 April 2012

DRB-Hicom nafi jual Lotus kepada syarikat China

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) menafikan spekulasi bahawa syarikat itu telah mengambil keputusan untuk menjual subsidiari Proton Holdings Bhd., iaitu Lotus Group International Ltd., kepada sebuah syarikat permotoran dari China, Youngman.

DRB-Hicom dalam satu kenyataan ke Bursa Malaysia, menjelaskan, pihaknya ketika ini sedang melaksanakan operasi audit ke atas Lotus sebagai sebahagian aktiviti pentadbirannya selepas mengambil alih Proton.

Jelas syarikat itu lagi, pihaknya masih menyokong Lotus dari segi kewangan serta pentadbiran.

DRB-Hicom menyatakan ia tidak mengetahui sumber sebenar spekulasi tersebut.

Ketika ini, DRB-Hicom juga telah mengenal pasti salah seorang pengurusan kanan di dalam Proton untuk mengetuai Lotus dalam usaha mengukuhkan pentadbiran syarikat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment