My Add

Wednesday 18 April 2012

Dua anggota geng Kumpulan Buyong mati ditembak

KOTA BHARU, RABU, 18 April, 2012: Dua anggota Kumpulan Buyong yang paling dikehendaki di Kelantan mati ditembak sepasukan anggota polis selepas berbalas tembakan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam tadi.

Dalam insiden kira-kira pukul 8 malam itu, penjenayah terbabit, Elezulhelmie Ilias, 24, dan Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, maut di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan.

“Kedua-dua suspek mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat,” kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment