My Add

Wednesday 18 April 2012

Acara sukan utama di semua saluran TV mulai 1 Mei

TANJUNG MALIM, EABU, 18 April, 2012: Mulai 1 Mei ini, semua rancangan sukan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi dimonopoli oleh televisyen tertentu tetapi boleh disaksikan di stesen-stesen televisyen lain di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan perkara tersebut semasa melancarkan `RTM Mobile' Sempena Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ke-66 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment