My Add

Tuesday 3 April 2012

DUN Perak bertafakur untuk Almarhum Raja Ashman

IPOH, SELASA, 03 April, 2012: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 hari ini dimulakan dengan upacara bertafakur selama seminit sebagai menghormati kemangkatan Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah pada Jumaat lalu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mewakili semua 59 anggota DUN dan rakyat meminta anggota Dewan yang beragama Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Almarhum, sebelum Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah sempena istiadat pembukaan rasmi persidangan itu. 

Zambry dengan nada sebak mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhum dan menyifatkan Raja Ashman seorang yang berjiwa rakyat dan amat dikasihi rakyat jelata serta kehilangannya amat dirasai oleh rakyat.

Raja Ashman Shah, 54, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara akibat serangan asma pada 1.30 pagi dan jenazah Almarhum dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar. 

Baginda meninggalkan isteri, Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin, serta seorang putera, Datuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia. 

Baginda adalah anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia. 

Raja Ashman Shah dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010. 

Mesyuarat pertama bagi penggal kelima DUN Perak dibuka secara rasmi oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, hari ini dan akan bersidang selama tiga hari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment