My Add

Friday 20 April 2012

Filipina pelawa syarikat Malaysia sertai 33 projek RM22.5b

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 April, 2012: Syarikat Malaysia dipelawa menyertai dalam 33 projek prasarana bernilai kira-kira RM22.5 bilion di Filipina. 

Kerajaan Filipina menerusi Pihak Berkuasa Ekonomi dan Pembangunan Nasional (NEDA) baru-baru ini mengumumkan pelbagai projek prasarana sektor awam-swasta di seluruh negara.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, minat syarikat Malaysia dijangka dalam projek pembangunan Balabac Airport untuk membangunkan lapangan terbang baharu di Balabac Island selatan Palawan.
Ia berkata, projek itu dijangka menelan kos kira-kira RM82 juta. 

Tambahan kepada projek itu ialah Lebuh Raya C-6 dan Global Link (Seksyen Selatan) yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya sedia ada C-5 dan Metro Manila, menurut Matrade dalam satu kenyataan. 

Perbadanan itu berkata, lebuh raya empat lorong c-6 sepanjang 50.7 kilometer itu akan berfungsi sebagai penyambung trafik daripada Lebuh Raya Utara Luzon ke Terminal Laluan Transit Rel Metro (MRT7). 

Jumlah kos projek dianggarkan kira-kira RM3.9 bilion. 
Seterusnya, syarikat Malaysia dipelawa sertai projek Lebuh Raya Los BaƱos, empat lorong sejauh 15.5km bermula di Lanjutan Lebuh Raya Selatan Luzon (Susur Keluar Calamba ke Sto. Tomas), menghubungkan dengan jalan raya nasional di Bay, Laguna. 

Kos projek itu akan diumumkan kelak, kata perbadanan itu. 

MATRADE, agensi penggalakkan perdagangan dan pelaburan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyarankan syarikat Malaysia untuk memberi perhatian kepada pengumuman tender akan datang dan membuat rancangan terlebih dahulu bagi membida projek itu. 

"Penyertaan ini mungkin sebagai pengeksport atau pembekal bahan mentah, sebagai pembekal terus kepada pengeluar pembuatan, sebagai rakan kongsi bagi firma tempatan atau sebagai ahli konsortium atau konsultan bagi pelaburan atau pemaju projek atau sebagai kontraktor khusus," menurut perbadanan itu. - BERNAMA 

 

No comments:

Post a Comment