My Add

Friday 20 April 2012

Penganggur didakwa rompak juruwang kedai serbaneka

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 April, 2012: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merompak seorang juruwang kedai serbaneka dengan menggunakan sebilah pisau, minggu lalu. 

A Jayaseelen, 19, didakwa bersama rakan yang masih bebas dengan niat bersama merompak wang tunai RM246.90 dan sekotak rokok bernilai RM10 menggunakan pisau ke atas Erma Saide, 26, di cawangan Seven Eleven Jalan Hang Kasturi di sini pada jam 12.34 tengah malam, 12 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tetapi peguam yang mewakili tertuduh, A Sheelan memohon jaminan dikurangkan kerana tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil. 

Hakim Mahmud Abdullah membenarkan Jayaseelen diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment