My Add

Sunday 15 April 2012

Gempa bumi kuat gegar Sumatera Utara, Pulau Jawa

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 1.57 tengah hari tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, pusat gempa itu terletak di 623 kilometer barat daya Simeulue, Indonesia, dan 1,106km di barat daya Kampar, Perak.

Sementara itu gempa bumi kuat 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Banten, pulau Jawa awal pagi tadi tetapi tidak mencetuskan tsunami. 

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Serang, Banten pusat gempa bumi terletak di Ujung Kulon, 95km ke barat daya daerah Pandeglang, Banten pada jam 2.26 pagi waktu tempatan.

Koordinator Unit Analis BMKG Serang, Banten, Halim Perdanakusumah, berkata pusat gempa itu berkedalaman 10 kilometer dan beliau yakin tidak akan berlaku gempa susulan selepas ini kerana gegaran yang kecil.
Pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa. 

Sementara itu, nelayan di tempat pelelongan ikan Ujung Kulon, berkata mereka tetap keluar menangkap ikan di laut sejak jam 4.30 pagi ini dan tidak bimbang dengan kejadian gempa itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment