My Add

Tuesday 3 April 2012

Indeks jenayah terus menurun

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memfokus kepada memerangi jenayah mencatat rekod tersendiri apabila berjaya menurunkan indeks jenayah dan kadar jenayah jalanan untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Menurut Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Kerajaan (GTP), indeks jenayah turun 11.1 peratus manakala jenayah jalanan 39.7 peratus sekali gus menunjukkan keberkesanan pelbagai program pencegahan oleh anggota keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambah membanggakan, selain penurunan kadar jenayah, Malaysia turut diiktiraf sebagai negara paling aman di kalangan negara-negara di Asia Tenggara serta berada di kedudukan keempat paling selamat di antara negara Asia Pasifik.

Pengiktirafan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 negara paling selamat dan aman di kalangan 153 negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment