My Add

Tuesday 3 April 2012

Malaysia kekal stabil

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Walaupun terdapat penurunan permintaan dari Eropah serta kemerosotan bekalan dari Jepun dan Thailand, Malaysia masih mampu merekod pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.1 peratus tahun lalu didokong oleh permintaan domestik.

Menurut Laporan Tahunan 2011 - Program Transformasi Ekonomi yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, negara dijangka mampu mencatat pertumbuhan purata enam peratus tahun ini dan tahun-tahun seterusnya apabila projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) mula memberi impak.

Tahun 2011 merupakan tahun penuh cabaran bagi ekonomi dunia apabila dilanda pelbagai masalah kewangan seperti krisis hutang Zon Eropah dan pemulihan ekonomi yang lemah di Amerika Syarikat (AS).

Keadaan itu bertambah buruk dengan kemusnahan rangkaian bekalan perdagangan dunia apabila Jepun dilanda tsunami pada Mac tahun lalu, diikuti banjir besar yang melanda Thailand di akhir tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment