My Add

Thursday 5 April 2012

Industri halal terus berkembang

KUALA LUMPUR, RABU, 04 April, 2012: Industri halal dunia dijangka terus mendapat permintaan lebih tinggi dengan pengenalan pembaharuan dan inovasi produk serta perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, pasaran halal berkembang dengan pantas dan mampu menampung permintaan umat Islam di seluruh dunia.

"Perkembangan industri halal akan lebih berkesan jika perhatian diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan khususnya dalam inovasi terkini.

"Sebagai contoh, jumlah eksport produk halal negara tahun lalu sahaja mencecah RM35.4 bilion dan ini menunjukkan pasaran halal berkembang dengan cepat," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Minggu Halal Malaysia 2012 yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di sini hari ini.

Sementara itu Malaysia bakal menjadi pengeluar vaksin halal dunia
apabila Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sudah memulakan usaha membangunkan vaksin bebas unsur babi.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, HDC dan Pemandu juga akan bekerjasama dalam membangunkan kapsul ubat yang bebas gelatin babi berasaskan produk kelapa sawit untuk kegunaan bidang farmasi dan kesihatan.

"Prototaip vaksin halal dan kapsul ubat yang bebas gelatin ini akan dibangunkan di bawah inisiatif Liberalisasi, Standard dan Persaingan. Pembangunan ini merupakan satu daripada dua bidang spesifik yang kerajaan gariskan untuk terus kekal sebagai peneraju industri halal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment