My Add

Thursday 5 April 2012

DSA 2012 bakal raih RM200j tukaran asing

KUALA LUMPUR, RABU, 04 April, 2012: Pameran Peralatan dan Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2012 dijangka mendapat manfaat ekonomi sampingan menerusi penghasilan tukaran asing bernilai RM200 juta, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi (gambar) di sini hari ini.

Ini memandangkan acara tahun ini, yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 16 hingga 19 April ini, adalah lebih besar daripada pameran sebelum ini, katanya.

Berucap pada jamuan tengah hari dengan para wakil pertubuhan berita di sini, Zahid berkata DSA 2010 telah menghasilkan nilai tukaran asing lebih RM180 juta dan kerajaan Malaysia juga telah menandatangani kontrak, memorandum persefahaman (MoU) serta Surat Hasrat (LoI) bernilai lebih RM11.28 bilion.

Katanya, pameran itu juga dijangka mewujudkan pelbagai peluang membina jaringan antara syarikat pertahanan antarabangsa dan tempatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment