My Add

Friday 6 April 2012

Injunksi: Felda sambut baik keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Felda hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak injunksi sementara menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dan 10 anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) atau bagi KPF mengadakan sebarang perbincangan mengenai perkara itu.

"Kami bersetuju dan menghormati keputusan mahkamah yang jelas menyatakan bahawa perkara berkaitan dengan koperasi patut dirujuk ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia," kata Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2 April memutuskan injunksi terhadap pelupusan ekuiti itu adalah terlalu awal kerana perwakilan KPF hanya merancang untuk membincangkan perkara itu dan masih tiada keputusan yang telah diambil.

Lagipun, dakwaan bahawa KPF memiliki 51 peratus saham dalam FHB bernilai RM3.13 bilion tidak berasaskan bukti kukuh tetapi hanya daripada dengar cakap dan anggaran.

Isa juga mengulangi bahawa tiada seinci pun daripada 500,000 hektar tanah peneroka akan diambil bagi tujuan penyenaraian FGHV dan kepentingan mereka akan terus dilindungi sebaik sahaja FGVH menjadi syarikat senaraian awam.

"Penyenaraian FGVH dan pewujudan satu daripada entiti perladangan terbesar dunia merupakan matlamat negara yang amat penting dengan objektif memberikan pulangan kewangan jangka panjang yang kukuh untuk stafnya, peneroka dan keluarga mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment