My Add

Friday 6 April 2012

Perkasa hairan Anwar gelabah ketika berdepan isu biseksual

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gelabah dan panik dalam isu dakwaan biseksual yang dibangkitkan Datuk S. Nallakaruppan.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, reaksi itu berbeza dengan sikap tenang yang biasa ditonjolkan Anwar ketika berdepan dengan lapisan masyarakat, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kebenaran dakwaan biseksual itu.

Katanya, selaku pemidato, Anwar sepatutnya berhujah jika tidak setuju dengan kenyataan Ahli Dewan Negara itu bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

"Saya fikir beliau tidak perlu menyaman Nallakaruppan kerana tindakan itu menunjukkan beliau gelabah dan panik dengan dakwaan biseksual," katanya dalam kenyataan kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment