My Add

Wednesday 11 April 2012

Isu padang: Kelvin buat laporan kepada SPRM

KELVIM Chong Seng Foo keluar dari pejabat SPRM Selangor di Shah Alam semalam sambil membawa dokumen berkaitan isu projek komersial di atas sebuah padang di Sungai Way.

SHAH ALAM, SELASA, 1O April, 2012: Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pembinaan projek komersial di atas tapak padang di Sungai Way, Petaling Jaya yang mendapat bantahan penduduk setempat baru-baru ini.

Kelvin yang ditemui selepas beliau membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di sini hari ini berkata, siasatan perlu dibuat bagi memastikan tidak berlaku rasuah dalam urusan kelulusan projek itu.

Kelvin berkata, laporan ini juga dibuat berikutan kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohammad Roslan Sakiman untuk membuat penjelasan mengenai isu berkenaan sehingga kini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment