My Add

Wednesday 11 April 2012

655 pesara polis di Kuala Langat terima sagu hati RM3,000


NORDIN Manan menyampaikan cek kepada salah seorang pesara yang menerima Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis pada majlis di Kuala Langat kelmarin.

KUALA LANGAT, SELASA, 10 April, 2012: Sebanyak 655 pesara polis menerima cek Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini semalam.

Bantuan sebanyak RM3,000 itu adalah sagu hati khas kerajaan kepada bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat di Semenanjung pada 1948 hingga 1962.

Penyerahan bantuan itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Nordin Manan.

Bagi seorang penerima, Ahmad Lemin, 84, yang pernah bertugas di Labuhan Dagang di sini berkata, bantuan itu tanda prihatin kerajaan terhadap bekas angota polis.

"Saya bersyukur kerana pada usia yang sebegini masih diberi perhatian dan penghargaan oleh kerajaan Pusat kepada kami," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment