My Add

Tuesday 3 April 2012

Jangan nyala api keagamaan: Raja Nazrin

IPOH, SELASA, 03 April, 2012: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, dukacita kerana soal syariat dan akidah yang disuarakan ulama untuk masyarakat Islam kini dipertikai secara terbuka oleh individu bukan Islam. 

Raja Nazrin bertitah, perbuatan seumpama itu ternyata melanggar sempadan adat resam beragama secara aman dan damai selama ini. "Oleh itu perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas dicegah daripada dibenarkan berlaku.

"Peringatan beta! Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan. Kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal kelima sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-12 di sini sebentar tadi. 

Menyentuh soal ekonomi, Raja Nazrin berbangga kerana Perak berjaya memenuhi unjuran ekonomi positif pada 2011 apabila pertumbuhan ekonomi mencatat paras antara 5 hingga 6 peratus dgn sektor perkhidmatan catat pertumbuhan tertinggi 7.6 peratus. 

Baginda bertitah, kerajaan Perak juga mengamalkan sikap selektif dalam meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) untuk mengelak kontroversi. 

"Perak jangan sama sekali izinkan ia jadi negeri pilihan terakhir FDI atau 'dumping ground' selepas negeri lain menolak. Kelestarian dan kesejahteraan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali," titah baginda. - BH OMLINE

No comments:

Post a Comment