My Add

Tuesday 3 April 2012

RM703 juta dilabur usahakan tanaman komersial rumpai laut

KOTA KINABALU, SELASA, 03 April, 2012: Pelaburan komersil bagi mengusahakan rumpai laut di Sabah kini berjumlah RM703 juta yang menyediakan 13,000 pekerjaan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, ini dapat dicapai berikutan percambahan industri rumpai laut di pantai utara dan timur Sabah di mana airnya ideal bagi tanaman itu dan ia secara tradisinya dimakan oleh komuniti yang tinggal di bahagian pantai. 

"Rumpai laut juga kini dikenal pasti sebagai komponen penting Bidang Ekonomi Utama Negara bagi pertanian," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Sains dan Nutrisi Antarabangsa di sini, malam tadi. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment