My Add

Friday, 6 April 2012

Jual tapak masjid, sekolah: PPP, NGO lapor polis

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Parti Progresif Penduduk (PPP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di negeri itu.

Laporan itu dibuat oleh PPP bersama Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Ikatan Rakyat Ihsan Muslim (IRMM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.

Menurut mereka, tindakan pemimpin Kerajaan Pulau Pinang mengambil ‘tanah emas’ Bayan Mutiara untuk membina bangunan Penang World City (PWC) itu disifatkan sebagai tindakan yang mengguris perasaan umat Islam dan masyarakat Melayu di negeri berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk Thajudeen Mohideen berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bersetuju terhadap penjualan tapak masjid dan sekolah kepada pemaju swasta itu ternyata menjatuhkan maruah umat Islam di negeri itu. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment