My Add

Friday 6 April 2012

PDRM, RHB hasilkan kit bantu kanak-kanak hilang

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 06 April, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kumpulan Perbankan RHB kini menjalinkan kerjasama menghasilkan Kit Pengenalan Kanak-Kanak yang mempunyai rekod butiran lengkap golongan itu bagi memudahkan siasatan kes kehilangan kanak-kanak.

Kit berupa sekeping kad itu lengkap dengan maklumat peribadi kanak-kanak antaranya gambar terkini, tanda lahir dan cap jari, mula diperkenalkan sejak Julai tahun lalu menerusi kempen keselamatan bank tersebut.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kerjasama PDRM dan RHB adalah merupakan langkah yang baik sejajar usaha mewujudkan satu sistem lebih efektif bagi mengesan mangsa jenayah kanak-kanak, sekali gus mampu mempercepatkan usaha polis dan pihak lain mengesan mereka sekiranya dilaporkan hilang.

Sehingga kini, lebih 2,000 maklumat kanak-kanak sudah direkodkan menerusi jelajah kempen keselamatan bank berkenaan di Johor dan Selangor. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment