My Add

Thursday 12 April 2012

Kamaruzaman kembali terajui Bank Rakyat

       Kamaruzaman Che Mat

KUALA LUMPUR, RABU, 11 April, 2012: Datuk Kamaruzaman Che Mat dipercayai dicalonkan semula oleh Lembaga Pengarah untuk menerajui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) sebelum menyerahkan jawatan itu kepada pelapisnya.

Sumber industri berkata, pemilihan Kamaruzaman itu dibuat selepas mengambil kira kejayaan beliau membawa bank koperasi itu ditahap sekarang.

‘‘Kamaruzaman masih menjadi pilihan Lembaga Pengarah.

‘‘Tetapi, terdapat juga calon-calon lain bagi mengisi jawatan nombor satu itu.

‘‘Namun, seperti yang diumumkan baru-baru ini, sebarang keputusan dimuktamadkan oleh Bank Negara Malaysia,’’ kata sumber tersebut.

Pencalonan Kamaruzaman itu dipercayai telah dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempunyai kuasa bagi pemilihan Pengarah Urusan Bank Rakyat.

Kerusi penting Bank Rakyat itu kini mendapat perhatian pelbagai pihak selepas ia dikosongkan oleh Kamaruzaman selepas menerajui sejak 2006.

Seorang penganalisis ekonomi berkata, Bank Rakyat perlu memilih calon paling sesuai untuk meneraju bank itu kerana ia bakal menentukan hala tujunya pada masa depan.

Memandangkan persaingan dalam institusi perbankan semakin sengit, pemilihan calon bagi menerajui bank itu perlu tepat dan betul.

Menurut sumber, meskipun Kamaruzaman sudah bercuti sejak 29 Februari lalu, namun beliau didakwa bersedia untuk berkhidmat semula dalam jangka pendek, sebelum terus bersara.

Memandangkan Lembaga Pengarah masih menaruh harapan yang tinggi terhadap pelantikan semula Kamaruzaman, pemangku bagi jawatan Pengarah Urusan Bank Rakyat juga tidak dilantik. - UTUSAN-

No comments:

Post a Comment