My Add

Thursday 12 April 2012

Dadah bernilai RM277 juta dirampas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KUALA LUMPUR, RABU, 11 April, 2012: Kecekapan pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terbukti apabila berjaya merampas 89,227 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM16 juta di lapangan terbang itu sejak awal Januari sehingga 7 April lalu.

Malah, sepanjang tahun lalu, pasukan itu juga mematahkan cubaan menyeludup 1,097 kilogram dadah bernilai RM261 juta, menjadikan keseluruhan rampasan dadah sejak 2011 adalah 90,324 kilogram dan dianggarkan bernilai RM277 juta.

Difahamkan, sekiranya JKDM gagal menyekat kemasukan lebih 90,000 kilogram dadah itu, kesannya adalah ia mampu membunuh hampir dua juta penagih dadah di negara ini.

Timbalan Pengarah JKDM di KLIA, Siti Baya Berahan berkata, dadah seberat 1,097 kilogram yang dirampas sepanjang tahun lalu itu melibatkan 43 penyeludup lelaki. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment