My Add

Friday 6 April 2012

Kes MRT: Dua pemilik tanah masih bincang selesai tuntutan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Dua pemilik tanah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini bahawa pihaknya masih meneruskan perbincangan untuk menyelesaikan tuntutan mereka berhubung Projek Transit Aliran Massa (MRT).

Mereka antaranya memohon untuk membatalkan perisytiharan yang dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terhadap cadangan pengambilan tanah.

Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hisham Ismail ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 21 Mei ini untuk pengurusan kes itu bagi mengetahui status atau perkembangan perbincangan tersebut.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Abang Iskandar di kamar beliau dengan kehadiran peguam pihak-pihak yang terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment