My Add

Friday 6 April 2012

580 acara didaftar sempena himpunan belia

PUTRAJAYA, KHAMIS, 05 April, 2012: Sebanyak 580 acara didaftarkan sempena Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semua acara itu akan diadakan serentak dari awal pagi hingga malam.

Katanya, acara-acara itu akan dibiayai sepenuhnya oleh penganjur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kementerian beliau.

"Aktiviti-aktiviti ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak penganjur, kita hanya membantu dari segi pengurusan tempat dan sukarelawan di mana penganjur akan bergandingan bersama.

"Terdapat lebih 30 jenis acara bersifat keusahawan dan kesukanan. Sukan futsal sahaja kita jangkakan seramai 20,000 peserta selain aktiviti lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan larian Standard Chartered sempena Hari Belia 2012 di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment