My Add

Saturday 7 April 2012

Kit Pengenalan Kanak-Kanak

Oleh NURUL HUDA HASSAN

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 06 April, 2012: Bagi memudahkan lagi siasatan kes kehilangan kanak-kanak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kumpulan Perbankan RHB kini menjalin kerjasama menghasilkan Kit Pengenalan Kanak-Kanak yang mempunyai rekod butiran lengkap golongan itu.

Kit berupa sekeping kad itu lengkap dengan maklumat peribadi kanak-kanak, antaranya gambar terkini, tanda lahir dan cap jari, mula diperkenalkan sejak Julai lalu menerusi kempen keselamatan bank tersebut.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kerjasama PDRM dan RHB adalah merupakan langkah yang baik, sejajar usaha mewujudkan satu sistem lebih efektif bagi mengesan mangsa jenayah kanak-kanak, sekali gus mampu mempercepatkan usaha polis dan pihak lain mengesan mereka sekiranya dilaporkan hilang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment