Oleh OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI, AHAD, 22 April, 2012: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini mengumumkan empat calon parti itu untuk bertanding di satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mereka ialah bekas ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Suhaimi Hassim, 49 yang akan bertanding di Parlimen Sungai Petani.
Manakala bagi kerusi DUN pula, ahli perniagaan berketurunan Siam, Charean Isen, 34, akan diletakkan sebagai calon di Sungai Tiang, Ong Choon Seng, 42, di DUN Gurun dan Kamal Nasir Thow Bek, 49, di DUN Bukit Selambau.
Pengumuman dibuat oleh Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment