My Add

Monday 16 April 2012

KPT tidak bertanggungjawab mahasiswa sertai demonstrasi

JOHOR BAHRU, AHAD, 15 April, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kegiatan mahasiswa di luar kampus termasuk penglibatan mereka di dalam demonstrasi jalanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dilaksanakan, sebarang bentuk kegiatan mahasiswa di luar kampus adalah tanggungjawab mereka sepenuhnya.

“Bila kita sebut mengenai transformasi politik, perkara seperti ini akan terjadi dan kadang kala perbuatan mereka itu ada hubung kait dengan parti politik tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut.

“Paling penting jangan berikan mereka sebarang publisiti dan terpulang kepada mereka sama ada ingin melibatkan diri dalam apa juga aktiviti kerana ia adalah tanggungjawab mereka sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Hari Kualiti dan Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi melibatkan kira-kira 200 mahasiswa yang menuntut supaya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dataran Merdeka, semalam.

Pada majlis itu juga, Mohamed Khaled turut meluluskan peruntukan berjumlah RM30,000 untuk kegunaan tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tujuan pelaksanaan program di sekolah berkenaan. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment