My Add

Monday 16 April 2012

Penduduk bantah campur tangan ADUN

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Penduduk di Seri Kembangan dekat sini membantah campur tangan politik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ean Yong Hian Wah berhubung permohonan peniaga untuk membina semula empat buah kedai mereka yang terbakar tiga tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Bahagian MIC Serdang, Datuk N.K. Sundaram berkata, empat pemilik kedai itu baru-baru ini mendapat surat daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menyatakan permohonan mereka ditolak kerana wujud campur tangan pihak ketiga.

Katanya, tindakan MPSJ turut mengarahkan empat peniaga itu supaya berpindah ke lokasi lain yang terletak di Bukit Serdang adalah tidak munasabah memandangkan keluasan tapak perniagaan di kawasan baharu itu adalah sangat kecil.

''Selama tiga tahun, para peniaga terbabit turun naik ke pejabat MPSJ untuk mendapatkan kebenaran penyambungan air dan elektrik, akhirnya permohonan mereka ditolak,'' katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment