NANNING, China, AHAD, 01 April, 2012: Larangan eksport sarang burung dari Malaysia ke China ditarik balik dengan syarat kandungan nitrat produk tersebut mesti mematuhi piawaian tempatan iaitu tidak melebihi 30 bahagian per juta (ppm).
Kebenaran eksport sarang burung itu dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan kerja sehari ke sini, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, surat pengesahan kebenaran eksport produk tersebut telah diperoleh dan pihak yang terlibat sedang mengusahakan protokol untuk pelaksanaan dasar baru itu.
'Perkara ini akan dimaklumkan kepada pengusaha-pengusaha dan sudah tentu ini dapat memberi hasil yang besar kepada pengusaha sarang burung di Malaysia,'' katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment