My Add

Monday, 2 April 2012

Taman Perindustrian di Gebeng

Najib Tun Razak bersalaman dengan rakan sejawatnya, Wen Jiabao selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Malaysia-China di Qinzhou, Nanning, China, semalam. – BERNAMA

Oleh Norainin Abd. Razak

NANNING, China, AHAD, 01 April, 2012: China bersetuju untuk membangunkan taman perindustrian seluas 606 hektar di Gebeng, Kuantan secara usaha sama dengan kerajaan dan syarikat di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan yang menyamai model Taman Perindustrian Qinzhou (QIP) Malaysia-China di sini itu akan dilaksanakan secepat mungkin untuk manfaat kedua-dua negara.

Katanya, pemilihan Gebeng adalah disebabkan kedudukannya berhampiran Pelabuhan Kuantan yang menghadap Laut China Selatan dan memudahkan hubungan dengan beberapa pelabuhan di China.

‘‘Secara prinsipnya Perdana Menteri, Wen Jiabao telah bersetuju dengan projek ini dan kita sedang menggerakkan perinciannya dengan pihak yang bakal terlibat,’’ katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Nanning di sini hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment