My Add

Wednesday 11 April 2012

Letak calon Melayu jika DAP Kedah dapat lebih kerusi

ALOR SETAR, SELASA, 10 April, 2012: DAP Kedah tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon Melayu parti itu untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan tersebut jika hasrat mereka untuk menambah kerusi bagi ditandingi parti itu dipersetujui kepimpinan Pusat.

"Saya tidak nafikan kemungkinan itu. Masih awal untuk membuat keputusan kerana saya tidak tahu berapa kawasan dapat tambahan kerusi. Apa pun kena tunggu keputusan kepimpinan Pusat," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai isu perebutan kerusi antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah yang semakin panas apabila kedua-dua parti itu terus buntu untuk mencari kata sepakat walaupun ia sepatutnya diselesaikan lebih dua bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment