My Add

Wednesday 11 April 2012

DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

BALIK PULAU, SELASA, 10 April, 2012: Nilai hartanah yang meningkat di kawasan ini serta perancangan pembinaan beberapa projek mega dipercayai menjadi punca sebuah syarikat hartanah swasta berminat untuk membeli tanah penduduk kampung di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, tawaran itu juga dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk membina terowong bawah tanah dari Bayan Lepas ke Balik Pulau.

"Saya mendapat maklumat mengenai pembinaan terowong dan jika projek tersebut bermula, sudah pasti harga hartanah di sini akan meningkat dengan mendadak.

"Faktor inilah dipercayai menyebabkan syarikat hartanah berkenaan berminat untuk membeli tanah-tanah di sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment