My Add

Thursday 12 April 2012

Mansuh caj khidmat pinjaman PTPTN

KUALA LUMPUR, TABU, 11 April, 201: Mansuhkan bayaran perkhidmatan satu peratus bagi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara perkara yang termasuk dalam resolusi Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO bersama PTPTN, di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, persidangan itu melibatkan 160 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), badan bukan kerajaan (NGO) serta badan perwakilan pelajar dan wakil PTPTN termasuk Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.

Resolusi itu menggariskan empat aspek meliputi pinjaman, pembayaran, tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan komunikasi bagi menangani isu yang perlu diselesaikan segera iaitu pembayaran balik PTPTN. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment