My Add

Thursday 12 April 2012

Cadang potong gaji untuk tabung pendidikan

KOTA BHARU, RABU, 11 April, 2012: Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) mencadangkan ibu bapa yang bekerja membuat potongan gaji bulanan sebagai tabungan pendidikan untuk membiayai kos pengajian anak-anak yang semakin meningkat.

Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun ketika ini kerajaan menyediakan pelbagai bentuk pinjaman dan bantuan, namun kos pendidikan amat tinggi serta dijangka terus meningkat pada masa hadapan.

Kata beliau, kos pendidikan yang meningkat akan menyebabkan si peminjam berdepan masalah untuk membayar balik pinjaman mereka.

"Dicadangkan supaya setiap daripada kita berkorban menerusi simpanan, tak boleh serah bulat-bulat kepada kerajaan atau badan-badan lain untuk pelajaran anak-anak kerana jumlah penduduk bertambah, mustahil kerajaan tanggung setiap kita untuk lanjut pelajaran," tegas beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment