My Add

Friday 6 April 2012

Mohd. Isa kesal dilabel golongan buta dan tuli

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi kesal dengan tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melabelkan pihak yang mendesak beliau menjelaskan segala dakwaan ke atasnya sebagai golongan buta dan tuli.

Sambil menafikan Azmin pernah menjelaskan segala dakwaan seperti pembelian saham bernilai jutaan ringgit, isu kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin serta kesahihan nasab biologi seorang ahli keluarga beliau kepada akar umbi, Mohd. Isa berkata, rakyat tidak buta dan tuli.

"Saya berasa sangat kesal dengan jawapan Azmin sedangkan ahli-ahli akar umbi dan rakyat keseluruhan ingin tahu dan mahu penjelasan. Kalau kita di pihak yang benar, apa masalahnya buat penjelasan berulang kali? Soalnya tiada penjelasan kepada akar umbi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment