My Add

Friday 6 April 2012

Rakyat Gombak mahu jawapan Azmin

KUALA LUMPURKHAMIS, 05 April, 2912: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bukan sahaja menerima tekanan daripada ahli-ahli akar umbi untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau, malah tuntutan sama turut disuarakan oleh penduduk kawasan Parlimen beliau.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, rakyat di kawasan itu tidak mahu seorang pemimpin yang bergelumang dengan masalah moral dan integriti teruk.

Justeru, katanya, sebagai Ahli Parlimen Gombak yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya melepaskan jawatan bagi menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadi demi kebaikan penduduk di kawasan itu.

''Kita tidak mahu rakyat terkeliru dengan masalah peribadi beliau kerana penduduk inginkan seorang pemimpin yang boleh berkhidmat secara terbaik, bukannya seorang pemimpin bermasalah," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment