My Add

Friday 6 April 2012

MTA dibenar semak keputusan batal pendaftaran

Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA)memperolehi kebenaran untuk menyemak semula keputusan membatalkan pendaftaran persatuan itu oleh Pesuruhjaya Sukan pada 2010.

MTA dalam kenyataan hari ini berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Rohana Yusof semalam membenarkan keputusan pengharaman itu disemak semula.

Menurut kenyataan, persatuan itu juga sedia bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta melupakan apa yang telah berlaku demi kemajuan sukan taekwondo di negara ini.

Persatuan itu dibatalkan pendaftaran pada Februari 2010 oleh Suruhanjaya Sukan Malaysia.

MTA kemudian mengemukakan rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan, tetapi keputusan tersebut kekal.

Berikutan itu pada Julai 2011, Raja Taharudin Raja Nong Chik dan Nur Ekmal Buhary yang mewakili MTA telah permohonan di Mahkamah Tinggi supaya keputusan dikaji semula. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment