My Add

Friday 6 April 2012

Peraturan lindungi pengguna jualan kredit diperkenal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini memperkenalkan Peraturan Perlindungan Pengguna Jualan Kredit 2012 untuk mengawal selia transaksi secara ansuran.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan yang akan berkuat kuasa pada 1 Oktober depan digunakan untuk semua bentuk perniagaan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang pendaftaran perniagaan atau syarikat.

"Tujuan utama kementerian menggubal peraturan ini kerana sehingga kini pengguna yang terlibat dalam transaksi jualan kredit belum pernah dikawal selia oleh mana-mana kementerian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment