My Add

Saturday, 7 April 2012

Nasi lemak, roti bakar dan kopi O menu PM di Batu Pahat

BATU PAHAT, SABTU, 07 April, 2012:: Datuk Seri Najib Razak singgah menikmati nasi lemak, roti bakar dan kopi O ketika bersarapan pagi di Kedai Kopi Chop Thong Ah bersama penduduk sempena tinjauan mesra di Pasar Pagi Jalan Ibrahim di sini.

Perdana Menteri sempat berbual dengan pelanggan kedai kopi itu yang duduk semeja dengan beliau. Najib kemudiannya bertemu peniaga dan penjaja pasar berkenaan.

Kedai kopi it tiba-tiba menjadi tumpuan luar biasa berbanding hari-hari lain pagi ini. 

Seawal jam 8 pagi pelanggan sudah memenuhi semua ruang di kedai itu dan orang ramai yang berkunjung ke Pasar Pagi Jalan Ibrahim bersebelahan kedai kopi berkenaan pula tidak henti-henti menjenguk.

Seorang peniaga lontong di kedai itu berkata, pada hari-hari biasa memang kedai kopi itu menjadi tempat tumpuan penduduk sekitar Batu Pahat menikmati sarapan pagi.

Katanya, pagi tadi lebih istimewa kerana Datuk Seri Najib bersarapan di kedai kopi itu. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment