PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan risalah Janji Ditepati selepas merasmikan risalah berkenaan pada Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Oleh LUQMAN HAZIQ
BATU PAHAT, SABTU, 07 April, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berjaya membawa kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat kerana sentiasa melaksanakan dasar dan perancangan berpaksikan kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dua rahsia besar bagi mencapai sasaran tersebut ialah semua dasar dan perancangan berpaksikan rakyat serta sentiasa menepati janji yang diberikan.
"Sebenarnya ada dua rahsia besar kerajaan untuk membawa apa yang dikecapi hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
“Yang pertama, kita tak pernah lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa jua yang kita lakukan termasuk dulu semasa kita berjuang menentang Malayan Union, mencapai kemerdekaan, menentang komunis di mana apa yang kita utarakan sentiasa untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat termasuk DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan Dasar Pembangunan Nasional, semuanya berpaksikan rakyat.
"Dan hari ini Rakyat Didahulukan (gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan). Gagasan ini akan diteruskan untuk meletakkan kepercayaan dan sokongan rakyat," katanya semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Kira-kira 50,000 orang membanjiri stadium berkenaan bagi memeriah dan menyertai pelbagai program yang diadakan.
Perdana Menteri berkata, rahsia kedua kerana kerajaan BN sentiasa dapat melaksana dan menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
"Kita BN tidak seperti pakatan pembangkang yang pandai berjanji tapi tak mampu nak tunai. BN kita mampu tunaikan apa yang kita janjikan dan ia menjadi prasyarat penting...semua kerana kepercayaan dan keyakinan rakyat.
"Ini merupakan satu amanah. Sebab itu apabila janji ditepati, rakyat semakin yakin kepada kerajaan," katanya.
Sambil itu Najib mengumumkan peruntukan RM9 juta untuk membina pasar awam dan pasar borong yang baru di bandar ini.
Menurutnya, kerajaan akan menanggung RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Katanya, sekiranya dimansuhkan seperti janji pihak pembangkang sekiranya memerintah, ia akan menjadi beban kepada kerajaan.
"Saya nak bagi tahu, PTPTN kalau dimansuhkan kerajaan akan menanggung kos RM43 bilion. Ada tiga sahaja kerajaan yang buat dan salah satu adalah Norway.
"Tapi di Norway, kadar cukai yang dikenakan kepada rakyat pula sangat tinggi. Adakah kita nak naikkan cukai kepada rakyat untuk hapuskan pinjaman PTPTN? Sudah pasti kita tak mahu membebankan rakyat dengan naik cukai," katanya.
Beliau berkata, sebenarnya 90 peratus kos pengajian telah ditanggung oleh kerajaan dan hanya 10 peratus yuran dibayar oleh penuntut menerusi pinjaman PTPTN.
Sambil itu Najib mengumumkan peruntukan RM9 juta untuk membina pasar awam dan pasar borong yang baru di bandar ini.
Katanya, RMa juta adalah bagi membina pasar awam dan RM3 juta untuk pasar borong.
Beliau jug meminta Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan jumlah peruntukan yang diperlukan untuk membaiki sistem perparitan dan longkang di bandar ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment