My Add

Sunday 15 April 2012

Nazri sedia beri laluan

ALOR GAJAH, SABTU, 14 April, 2012: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyuarakan hasrat untuk memberi laluan kepada generasi muda mengisi kerusi Parlimen Padang Rengas yang disandangnya kini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menurutnya, beliau sudah lama menyatakan hasratnya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya dah lama jadi menteri...13 tahun, timbalan menteri pun lima tahun, saya percaya kepada kesinambungan. Saya pun dah 58 tahun, sudah berkhidmat untuk satu tempoh.

“Kalau Perdana Menteri ada orang lain untuk gantikan saya, gantilah. Saya sudah cakap dengan bahagian, tapi mereka calonkan saya balik.

“Bagilah peluang kepada generasi baru, yang penting kita jangan gaduh sesama kita,” kepada pemberita pada Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung Cawangan UMNO Bahagian Alor Gajah di Kompleks Japerun Machap di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment