My Add

Wednesday 11 April 2012

Negara tergadai jika pembangkang perintah

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Tiga janji pakatan pembangkang yang melibatkan sejumlah wang RM200 bilion setahun itu hanya akan menyebabkan negara terpaksa meningkatkan cukai dan membuat pinjaman dari negara luar.

Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor berkata, menaikkan cukai bukan dasar popular yang boleh diamalkan oleh negara sedang membangun seperti Malaysia, sebaliknya pinjaman adalah jalan penyelesaiannya.

''Namun, membuat pinjaman pastinya memberi banyak kesan kepada negara selain bebanan hutang. Pembangkang harus ingat bahawa kedudukan kewangan sekarang belum stabil, maka secara logik tiga janji itu memang akan melibatkan peningkatan perbelanjaan.

''Melainkan pembangkang ingin menggunakan cara lain iaitu memotong perbelanjaan yang boleh mengurangkan kebajikan rakyat, tetapi adakah rakyat bersedia untuk itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment