My Add

Wednesday 11 April 2012

Tetapkan siling pelepasan cukai

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Kerajaan digesa menetapkan harga siling bagi jumlah pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat konglomerat yang menggunakan yayasan sebagai helah mengelak bayaran cukai pendapatan yang tinggi.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, Kementerian Kewangan perlu mengehadkan bayaran pelepasan cukai ke atas syarikat-syarikat korporat yang sesetengahnya mengaku menyumbang sejumlah besar wang kepada yayasan milik mereka untuk mengurangkan cukai.

"Saya cadangkan supaya harga siling itu ditetapkan pada tahap minimum, mungkin harga pelepasan yang diberikan tidak lebih daripada RM5 juta.

"Maksudnya jumlah pengecualian yang dikenakan kepada keseluruhan jumlah cukai pendapatan mereka tidak lebih daripada had tersebut," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 di Dewan Rakyat hari ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment