My Add

Thursday 5 April 2012

Nizar tidak boleh dipercayai: Kong Cho Ha

LUMUT: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, mendakwa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hilang kredibiliti dan tidak boleh dipercayai selepas pendedahan surat berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International, semalam. 

Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari Pas itu sudah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat.

"Siapa yang menyokong Vale dari Brazil untuk melabur di Teluk Rubiah ketika pakatan memerintah. Beliau jugalah yang menandatangani surat sokongan tersebut namun mengetuai perhimpunan memprotes operasi syarikat itu.

"Ini jelas menunjukkan, Mohammad Nizar sengaja mempolitikkan isu Vale demi kepentingan politik sempit pembangkang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Semalam, semasa sidang Dewan Undangan Negeri Perak, Mohammad Nizar, mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 itu berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi oleh Vale International dan mengakui kesahihan kandungan surat berkenaan. 

Kandungan surat itu antaranya menyebut bahawa kerajaan negeri akan memproses pemindahan tanah berkenaan dan mengubah statusnya menjadi tanah perindustrian selepas permohonan diterima oleh Jabatan Tanah dan Galian. 

Surat berkenaan dikelaskan semula oleh kerajaan negeri berikutan dakwaan pembangkang kononnya mereka tidak terbabit dan tidak menyokong pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.

Pada Sabtu lalu, Mohammad Nizar, Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Tronoh, V Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak mengadakan bantahan terhadap operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment