My Add

Thursday 5 April 2012

Polis Marin tumpas sindiket seludup diesel ke negara jiran

PELABUHAN KLANG, KHAMIS, 05 April, 2012: Polis Marin menumpaskan satu sindiket menyeludup diesel ke negara jiran dan merampas hampir 500,000 liter diesel bernilai RM1.4 juta dalam serbuan di Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata, dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 3 petang semalam, sembilan lelaki terdiri daripada tujuh krew kapal rakyat Myanmar dan dua pemandu lori tempatan berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan. 

"Ketika serbuan, sembilan individu sedang memindahkan diesel dari sebuah lori tangki ke sebuah kapal tangki yang berlabuh di jeti berkenaan melalui saluran paip," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan bersama pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor itu, pihak berkuasa mendapati 452,940 liter diesel dipindah ke dalam tangki kapal terbabit.

Sebanyak 13,650 liter diesel masih terkandung dalam lori tangki itu dan tidak sempat dipindahkan ke dalam kapal tangki berkenaan, katanya. - Bernama


No comments:

Post a Comment