My Add

Thursday 5 April 2012

Pembangkang dicabar biayai kos pengajian sendiri

MUADZAM SHAH, RABU, 04 April, 2012: Kerajaan di bawah pentadbiran pembangkang dicabar membiayai kos pengajian universiti anak kelahiran negeri dikuasai mereka sebelum berani berjanji memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, pembangkang tidak mungkin dapat melupuskan hutang PTPTN kerana wang yang digunakan kerajaan bagi membiayai kos pendidikan itu adalah wang rakyat dan seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat.

"Siapa mahu bayar duit PTPTN ini jika ia dilupuskan kerana wang diperoleh perbadanan itu adalah wang rakyat yang perlu dikembalikan semula kepada rakyat," katanya ketika ditemuiUtusan Malaysia pada Majlis Perasmian Pusat Rukun Tetangga (PRT) Felda Keratong 8, di sini kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment