My Add

Friday 6 April 2012

Polis bertindak ketika warga Afrika buat kecoh

KAJANG, KHAMIS, 05 April, 2012: Penduduk Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat hari ini menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa polis tidak bertindak ketika sekumpulan penghuni warga Afrika mencetuskan kekecohan pada Sabtu lepas.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Penduduk kondominium itu, Low Kok Chin berkata, laporan tersebut adalah satu fitnah dan sengaja ditimbulkan untuk memburukkan imej pasukan polis.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Low turut menafikan penghuni kondominium itu kini hidup dalam ketakutan susulan kejadian tersebut.

"Selepas insiden itu, polis telah meletakkan anggota mereka untuk membuat rondaan dan kawalan keselamatan, jadi saya berpendapat bahawa penduduk setempat juga kini berasa selamat dengan kehadiran polis yang mengawal secara 24 jam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment